Warga Thai rai Hari Keputeraan Raja Bhumibol

Warga Thai rai Hari Keputeraan Raja Bhumibol

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Lebih 200 orang warga Thailand yang menetap di Negara Brunei Darussalam, hari ini, berhimpun di kediaman rasmi Duta Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam di Kampung Mata-Mata, Gadong untuk upacara menyalakan lilin bagi meraikan sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-88 tahun Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang disambut pada 5 Disember setiap tahun.

Upacara itu dimulakan dengan penyalaan lilin yang diketuai oleh Duta Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr dan diikuti oleh semua warga Thailand yang hadir.

Sejurus kemudian, beliau menundukkan badan sebagai tanda menyembahkan taat setia di hadapan gambar Raja Bhumibol Adulyadej sambil diikuti oleh semua yang hadir.

Ini diikuti dengan TYT Chirdchu Raktabutr mengundur ke belakang untuk menyampaikan ucapan yang mengandungi kata-kata pujian terhadap raja yang dikasihi oleh semua rakyat Thailand itu.

Upacara penyalaan lilin yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama diikuti oleh semua warga Thailand yang hadir.
Upacara penyalaan lilin yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama diikuti oleh semua warga Thailand yang hadir.
Tuan Yang Terutama ketika menyampaikan ucapan di majlis itu.
Tuan Yang Terutama ketika menyampaikan ucapan di majlis itu.
Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr menundukkan badan tanda taat setia kepada Raja Bhumibol Adulyadej.
Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr menundukkan badan tanda taat setia kepada Raja Bhumibol Adulyadej.

Ketika bercakap kepada pemberita mengenai upacara itu, Tuan Yang Terutama berkata, sambutan hari keputeraan Raja Bhumibol Adulyadej merupakan perayaan yang amat penting bagi rakyat Thailand dan merupakan cuti umum di negara itu kerana ia juga dianggap sebagai sambutan Hari Bapa sempena Raja Bhumibol yang juga dianggap sebagai Bapa Thailand.

Katanya, sambutan itu telah diadakan secara rasmi semalam (5 Disember 2015) di Royal Berkshire, Jerudong Polo & Riding Club dan antara tetamu yang diundang ialah pegawai kanan kerajaan serta wakil-wakil diplomatik negara asing di negara ini.

Sementara itu, sambutan yang diadakan di kediamannya hari ini dikhaskan untuk warga Thailand yang berada di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA