Warga Thailand hadiri acara sukan

Warga Thailand hadiri acara sukan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Lebih 350 warga Thailand telah menghadiri acara Hari Sukan yang diadakan oleh Kedutaan Besar Diraja Thailand di Brunei Darussalam untuk komuniti negara berkenaan di negara ini sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ratu Sirikit ke-83 tahun.

Hadir memeriahkan acara yang diadakan di perkarangan Kedutaan Besar Diraja Thailand itu ialah Duta Besar Diraja Thailand, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr dan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di kedutaan berkenaan.

Acara itu bertujuan untuk menghormati Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ratu Sirikit dan di samping mengeratkan lagi hubungan masyarakat Thailand serta mengukuhkan persahabatan di antara satu dan yang lain melalui aktiviti sukan.

Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr (dua dari kanan) turut hadir memeriahkan acara tersebut.
Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr (dua dari kanan) turut hadir memeriahkan acara tersebut.
Antara warga Thailand yang mendaftar untuk menyertai acara sukan tersebut.
Antara warga Thailand yang mendaftar untuk menyertai acara sukan tersebut.

Menurut kenyataan kedutaan itu, pelbagai aktiviti sukan dipertandingkan dalam acara berkenaan dan salah satunya adalah Kejohanan Sepak Takraw, yang mana sebanyak 12 kumpulan yang terdiri daripada warga Thailand dari beberapa buah syarikat swasta ikut serta.

Selain daripada itu, beberapa aktiviti turut disusun bagi penyertaan kanak-kanak dan orang dewasa.

Terdahulu, acara bermula dengan pendaftaran bagi Kejohanan Sepak Takraw dan diikuti dengan perasmian Hari Sukan Komuniti Thailand oleh Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr.

ARTIKEL YANG SAMA