Warga TOTAL luang masa bersama

Warga TOTAL luang masa bersama

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Pegawai dan kakitangan TOTAL, pagi tadi, meluangkan masa beriadah bersama keluarga masing-masing dalam acara Family Fun Day yang diadakan di kawasan Colonnade, Jerudong Park Playground, Jerudong.

Acara yang berkonsepkan karnival itu menyediakan pelbagai permainan, di samping menyajikan pelbagai hidangan yang ditempah daripada peniaga-peniaga kecil dan sederhana untuk dinikmati bersama keluarga yang hadir.

Dalam temu bual bersama Ketua Komunikasi Korporat dan CSR, Awang Rasimoon bin Haji Adinin menjelaskan, antara tujuan acara seumpama ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan TOTAL.

“Ia bukan sahaja mengeratkan perhubungan antara kami, pegawai dan kakitangan TOTAL, malah ia juga untuk menyatupadukan keluarga bagi meluangkan masa bersama-sama,” ujarnya.

Suasana acara TOTAL Family Fun Day.
Suasana acara TOTAL Family Fun Day.
Antara aktiviti yang diadakan.
Antara aktiviti yang diadakan.
Permainan yang dijalankan ketika itu.
Permainan yang dijalankan ketika itu.

Acara tersebut, jelasnya lagi, adalah bersempena dengan Hari Keluarga Kebangsaan yang disambut setiap tahun, di samping dapat menyokong para peniaga kecil dan sederhana dalam mempromosikan perniagaan dengan menempah makanan dan minuman daripada mereka.

Antara permainan yang diadakan semasa acara tersebut ialah Tag Rugby, Bubble Ball, Ballon Egg Race, Bean Bag Race, Cotton Ball Relay, Tele-match Relay, Tug of Friendship dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA