Warga UNISSA hulur bantuan

Warga UNISSA hulur bantuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Bagi menanamkan rasa prihatin dan tanggungjawab di kalangan siswazah khasnya warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), kutipan bantuan amal SMARTER Brunei telah dianjurkan di universiti berkenaan, baru-baru ini.

Aktiviti khidmat masyarakat itu merupakan anjuran Program Makmal Sosio-Akademik UNISSA dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Negara (ISDEV), Universiti Sains Malaya (USM).

Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UNISSA, Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, dan Dr Wan Norhaniza binti Wan Hasan mewakili ISDEV, USM, kemudiannya telah menyerahkan hasil kutipan kepada Timbalan Presiden I SMARTER, Pengiran Haji Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

Penyerahan sumbangan berkenaan yang diadakan di pusat SMARTER, kampung Mata-Mata, Gadong itu antara lain bertujuan untuk menanamkan sifat saling bantu-membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan dari segi spiritual dan material.

Warga UNISSA ketika menyerahkan sumbangan ke pusat SMARTER, Kg Mata-Mata Gadong.
Warga UNISSA ketika menyerahkan sumbangan ke pusat SMARTER, Kg Mata-Mata Gadong.
Aktiviti khidmat masyarakat itu merupakan anjuran UNISSA-ISDEV.
Aktiviti khidmat masyarakat itu merupakan anjuran UNISSA-ISDEV.

ARTIKEL YANG SAMA