Warga Perkhidmatan Pos derma darah

Warga Perkhidmatan Pos derma darah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Jabatan Perkhidmatan Pos dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal hari ini mengadakan Kempen Derma Darah di Ruang Legar Kaunter Pejabat Pos, Pusat Memproses Mel dan Bungkusan, Berakas (MPC).

Kempen yang diadakan bermula dari jam 9 pagi sehingga 11 pagi dan 2 petang sehingga 4 petang itu merupakan salah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menggalakkan para pegawai dan kakitangannya untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat umum selain menjalankan tugas rasmi mereka.

Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang dirancang sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2016.

Antara yang menderma di kempen tersebut.
Antara yang menderma di kempen tersebut.

Kempen derma darah ini juga diadakan untuk membantu menambah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan seterusnya membantu para pesakit yang memerlukannya.

Ia juga diharap akan dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan lain dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

ARTIKEL YANG SAMA