Warganegara Malaysia diminta mendaftar diri

Warganegara Malaysia diminta mendaftar diri

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam akan mengadakan pendaftaran untuk semua warganegara Malaysia yang menetap, bekerja atau belajar di Negara Brunei Darussalam mulai dari 15 Jun hingga 31 Julai 2016.

Sehubungan dengan ini, Suruhanjaya Tinggi menjemput semua warganegara Malaysia (menetap, bekerja atau belajar) di Negara Brunei Darussalam supaya mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat No. 61, Simpang 336, Jalan Duta, Bandar Seri Begawan BA 1211.

Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter pendaftaran atau sebagai alternatif anda boleh memuat turun dari http://www.kln.gov.my/web/brn_begawan/home.

Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia melalui pos, faks atau e-mel (borang pendaftaran yang diimbas).

ARTIKEL YANG SAMA