Warisan Labi muncul johan sepak takraw

Warisan Labi muncul johan sepak takraw

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 21 Dis – Sebanyak 11 buah pasukan termasuk pasukan jemputan baru-baru ini telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Balai Bomba Cawangan Operasi B anjuran Balai Bomba Labi.

Dalam pertandingan itu, Pasukan Warisan Labi muncul johan dan membawa pulang wang tunai $200 serta piala iringan, naib johan jatuh kepada Pasukan Jagoh Merah B dari Balai Bomba Seria yang membawa pulang wang tunai $100 serta piala iringan dan tempat ketiga pula jatuh kepada Pasukan Jagoh Merah A dari Balai Bomba Seria dan Kuala Belait yang membawa pulang wang tunai sebanyak $50.

Beberapa anugerah juga diserahkan dalam pertandingan itu termasuk pengurus terbaik dianugerahkan kepada ASO Awang Helmi bin Abdullah, pemain terbaik dimenangi oleh 419 Awang David bin William.

Salah seorang pemain menerima anugerah pada pertandingan itu.
Salah seorang pemain menerima anugerah pada pertandingan itu.

Sementara itu, tekong terbaik ialah 616 Awang Aminnor Rashid dan feeder terbaik ialah Awang Mohd Rafieuddin bin Hamdan, killer terbaik jatuh kepada 296 Awang Halmi bin Haji Hamid, pemain veteran terbaik 442 Awang Razali bin Haji Mohammed, pemain muda berbakat Awang Danial Hakem bin Halmi dan pasukan terbaik jatuh kepada Balai Bomba Labi B.