Warna air ken...

Warna air kencing amaran tanda penyakit

SETENTUNYA agak tidak normal apabila anda sekali sehari sahaja ke bilik air untuk membuang air kecil. Tidak kurang juga terlalu kerap ke bilik air.

Sebenarnya, kita perlu membuang air kecil setiap hari. Namun, adakah anda perhatikan warna air kencing. Hati-hati kerana warna tertentu boleh menunjukkan gejala masalah kesihatan.

Dalam mengetahui badan anda sihat, cukup air dan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan organ badan, warna air kencing boleh memberikan jawapannya. Ketahui perbezaan warna air kencing dan petandanya kepada keadaan tubuh badan.

Tidak ada warna

Anda minum air terlalu banyak. Cuba kurangkan sedikit jumlah air yang diminum.

Perbezaan warna air kencing boleh memberikan petanda kepada keadaan kesihatan tubuh badan.
Perbezaan warna air kencing boleh memberikan petanda kepada keadaan kesihatan tubuh badan.

Kuning sangat pucat

Warna air kencing seperti ini adalah normal dan badan anda mendapat air yang secukupnya.

Kuning lut sinar

Ia adalah merupakan warna air kencing normal.

Jika anda memiliki warna-warna di atas, bermakna badan anda mengandungi air yang cukup dan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang atau organ dalaman yang lain. walau bagaimanapun, jangan ambil ringan dengan warna air kencing di bawah ini.

Kuning gelap

Normal, tetapi anda perlu minum air dengan secukupnya.

Kuning – warna madu

Anda mungkin mengalami masalah hati atau dehidrasi. Minum air dan segera berjumpa dengan pakar untuk mengetahui penyebabnya.

Kemerahan

Warna ini akan kelihatan apabila anda makan bit, blueberry atau buah-buahan yang menpunyai warna ungu pekat, kemungkinan ini adalah warna semula jadi buah yang terbuang.

Namun, jika anda tidak makan buah-buahan tersebut tetapi mempunyai warna air kencing seperti ini, kemungkinan anda mengalami pendarahan pada saluran kencing.

Warna ini juga menunjukan masalah buah pinggang, tumor, jangkitan pundi kencing, masalah prostat atau sebagainya. Segera berjumpa dengan doktor.

Jingga

Anda mungkin tidak minum air dengan secukupnya. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah hati, hempedu atau pewarna makanan.

Untuk lebih lanjut, segera berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan kesihatan tubuh badan anda.

Air kencing berbuih

Sesetengah orang mengalami masalah ini, berbuih seperti soda. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kesan hidraulik yang tidak berbahaya.

Mungkin juga kerana pengambilan protein yang berlebihan dalam makanan sehari-hari.