Warna-warni sambutan di Daerah Brunei dan Muara

Warna-warni sambutan di Daerah Brunei dan Muara

Oleh Sim Y.H., Yusrin Junaidi, Pg Fairol RMF & Siti Nur Wasimah S.

Gambar Oleh Muiz Matdani dan Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Setelah Daerah Tutong, Temburong dan Belait mempamerkan persembahan unik dan menarik, kini tiba giliran Daerah Brunei dan Muara pula untuk mempamerkan persembahan khas padang yang penuh gilang-gemilang bertemakan ‘Daulat Raja Merentas Zaman’, yang disembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

Persembahan khas tersebut menyaksikan gabungan peserta-peserta seramai 200 orang penuntut sekolah-sekolah, para belia, pegawai dan kakitangan kerajaan, pertubuhan beruniform serta pelajar dari institusi pengajian tinggi bagi sama-sama menghidupkan persembahan yang dibahagikan kepada lima segmen.

Konsep persembahan berlandaskan keagamaan dalam mencapai kemajuan negara yang berdaulat dengan rakyat dan penduduk Daerah Brunei dan Muara mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam mendukung serta menjana ekonomi negara melalui Satu Kampung Satu Produk.

Persembahan itu juga digarap dengan nilai-nilai keagamaan dan tradisi oleh anak-anak watan negara yang diwakili oleh beberapa lapisan generasi masyarakat di Daerah Brunei dan Muara.

Hampir 200 orang terlibat dalam persembahan yang penuh warna-warni tersebut.
Hampir 200 orang terlibat dalam persembahan yang penuh warna-warni tersebut.
Kemuncak persembahan yang sungguh gilang-gemilang.
Kemuncak persembahan yang sungguh gilang-gemilang.
Tarian Duduk Bersimpuh yang diselitkan dengan sketsa menyambut kedatangan tetamu ke rumah.
Tarian Duduk Bersimpuh yang diselitkan dengan sketsa menyambut kedatangan tetamu ke rumah.
Tarian yang dipersembahkan oleh salah sebuah sekolah menengah di Daerah Brunei dan Muara.
Tarian yang dipersembahkan oleh salah sebuah sekolah menengah di Daerah Brunei dan Muara.
Perlawanan tarik kalat yang turut memeriahkan acara sambutan di Daerah Brunei dan Muara.
Perlawanan tarik kalat yang turut memeriahkan acara sambutan di Daerah Brunei dan Muara.

Segmen pertama persembahan khas mengetengahkan Tarian Radat yang menggambarkan nilai-nilai keislaman yang digarap melalui lagu, Sala Rabuna, yang disembahkan oleh seramai 70 orang murid Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar.

Segmen kedua pula menyembahkan Tarian Duduk Bersimpuh yang menggambarkan kehalusan budi pekerti yang tinggi dan adat bersopan santun orang-orang Brunei dalam menyambut kehadiran dan kedatangan tetamu di mana tarian itu disembahkan oleh seramai 30 orang pelajar dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.

Segmen ketiga mempersembahkan Tarian Jipin Lela Sembah yang menceritakan dan menggambarkan rasa hormat dalam menyambut kedatangan tetamu yang datang.

pg12_160725_f

Anak-anak muda sungguh bertenaga melakukan rutin tarian yang telah diajarkan sejak beberapa bulan yang lalu.
Anak-anak muda sungguh bertenaga melakukan rutin tarian yang telah diajarkan sejak beberapa bulan yang lalu.
Salah satu sketsa yang dipersembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Salah satu sketsa yang dipersembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Tarian Duduk Bersimpuh yang menggambarkan kehalusan budi pekerti yang tinggi dan adat bersopan santun orang-orang Brunei.
Tarian Duduk Bersimpuh yang menggambarkan kehalusan budi pekerti yang tinggi dan adat bersopan santun orang-orang Brunei.

Pergerakan peserta dalam segmen berkenaan yang digambarkan melalui gerak berdatang sembah mencerminkan adat tradisi sopan santun yang dimiliki oleh rakyat Brunei sejak turun temurun. Tarian itu dipersembahkan oleh seramai 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Katok.

Segmen keempat pula mengetengahkan permainan gulingtangan dan pukul gendang, menggambarkan perpaduan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai identiti serta budaya kukuh yang siap sedia dalam menjunjung kedaulatan negara. Persembahan itu disembahkan oleh kumpulan gulingtangan dari Jabatan Penjara dan Universiti Brunei Darussalam.

Segmen kelima dan kemuncak bagi persembahan khas itu adalah Tarian Jipin Tar yang mencerminkan rakyat jelata yang bersatu padu dan bersiap siaga dalam menjunjung titah dalam merentas zaman bagi mencapai impian Negara Brunei Darussalam yang diterapkan melalui kepimpinan dan kewibawaan raja yang berdaulat.

ARTIKEL YANG SAMA