Warner ragui perundangan AS

Warner ragui perundangan AS

PORT OF SPAIN, 10 Jun (AFP) – Eksekutif FIFA yang tersingkir, Jack Warner, yang menjadi tumpuan skandal rasuah yang melanda badan dunia bola sepak, hari ini menyelar AS sebagai tidak dapat memberikannya perbicaraan adil.

Warner, seorang bekas guru dan bekas menteri keselamatan kebangsaan Trinidad yang didakwa oleh pihak berkuasa AS terlibat rasuah, menafikan kesemua dakwaan ke atasnya. AS mahukan Trinidad untuk mengekstradisi Warner.

Dia adalah tokoh utama skandal bulan lalu sebagai salah seorang daripada 14 pegawai sekarang atau bekas pegawai FIFA dan eksekutif pemasaran sukan yang didakwa oleh pendakwa AS menyertai skim rasuah besar yang berlaku 20 tahun lepas melibatkan rasuah sejumlah AS$150 juta.

Warner dalam editorial dalam mingguan Sunshine yang dijadualkan dikeluarkan Jumaat ini berkata AS bukanlah ‘kuasa perundangan sesuai’ untuk menangani perkara itu ‘dengan adil’. Dia menyatakan AS cuba untuk membalas dendam kerana mereka telah mencuba tetapi gagal untuk melobi FIFA menghoskan Piala Dunia 2022.

“Seorang perlu berhati–hati untuk bertanya sama ada AS dapat berlaku adil dalam mengambil tindakan ke atas para pegawai badan antarabangsa yang dirasakannya salah,” tulisnya dalam karangan itu.

“Biarpun apa yang diharapkan AS untuk diperoleh, mereka telah memenangi bidaan, akrimoni perundangan semasa yang sedang berlaku tidak akan pernah didengari.”

Dia berkata AS bermuka–muka sejak dia dan bekas ketua FIFA, Sepp Blatter dialu-alukan ke Rumah Putih oleh Presiden Barack Obama walaupun Washington cuba untuk membicarakannya kerana menerima rasuah.

“Adakah presiden AS kuat melobi naib presiden FIFA atau dia ‘merasuah’ pegawai FIFA dengan kunjungan itu dan sarapan ke Rumah Putih? Saya rasa tidak,” kata Warner.

ARTIKEL YANG SAMA