Warnock bos baru Cardiff City

Warnock bos baru Cardiff City

LONDON, 6 Okt – Cardiff City melantik Neil Warnock (gambar)  sebagai pengendali baharu pasukan itu susulan pemecatan Paul Trollope, umum kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu semalam.

Warnock, 67, sebelum ini adalah bekas pembimbing kelab Sheffield United, Queens Park Rangers, Crystal Palace, Leeds United dan terakhir Rotherham United.

“Cardiff City Football Club dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Neil Warnock sebagai jurulatih utama pasukan,” kata kenyataan kelab itu menerusi laman web mereka www.cardiffcityfc.co.uk.

Warnock akan dibantu oleh Kevin Blackwell dan jurulatih pertama Ronnie Jepson dengan Cardiff ketika ini berada di tangga kedua terbawah Liga Kejuaraan Inggeris selepas hanya mampu memenangi dua daripada 11 perlawanan musim ini.

Trollope dipecat pada Selasa lalu selepas hanya bersama pasukan itu selama lima bulan. – AFP