Warriors atasi Cleveland 104-89

Warriors atasi Cleveland 104-89

OAKLAND, Amerika Syarikat (AS), 3 Jun – Juara bertahan, Golden State mengatasi Cleveland Cavaliers dengan kemahiran defensif dan kekuatan semalam, membawa Warriors mencatatkan kejayaan 104-89 untuk memulakan NBA Finals ke-70.

Pemain pertahanan Warriros, Shaun Livingston menjaringkan 20 mata terbaik musim ini, tertinggi sepanjang kerjayanya, dengan memastikan tujuh penjaring mencatatkan dua digit bagi Golden State, yang akan menghoskan dua perlawanan dalam siri best-of-seven semalam.

“Ia semuanya satu perasaan, menjadi agresif,’ kata Livingston. “Ia terus yakin dalam jaringan saya, memahami permainan saya, di mana jaringan dihasilkan dan mempercayainya.”

Pada satu malam apabila pemain pertahanan Warriors dan juara penjaring NBA, Stephen Curry hanya mampu mencatatkan 11 mata di atas 4 dari 15 jaringan dari lantai dan Klay Thompson hanya menghasilkan 4 dari 12 bagi sembilan mata, Golden State mengatasi Cleveland dengan 45-10.

“Pemain dibangku simpanan melakukan tugasan yang menarik,’ kata Kyrie Irving dari Cleveland, yang menjaringkan 26 mata di atas 7 dari 22 jaringan. Anda melihat kepada statistik dan ia menyatakan mengenai jumlah bagaimana anda menekan langkah dan membuat bebe-rapa lontaran menarik.”

Warriors memenangi rekod NBA 73 perlawanan musim ini tetapi tidak satu pun apabila Curry dan Thompson bergabung bagi beberapa mata.

“Ia adalah mengenai pemain yang sudah kekal,’ kata Thompson. ‘Shaun Livingston beraksi keluar dari mindanya. Hanya kebangkitan kami beraksi dengan defensif. Ia membolehkan kami memenangi perlawanan.”

Pemain simpanan Warriors, Andre Iguodala mengukuhkan pertahanan ke atas bintang Cleveland, LeBron James dan mencatatkan 12 mata sementara Leandro Barbosa dari Brazil menambah 11 dari bangku ketika Cavaliers menghasilkan 32 dari 84 jaringan (38.1 peratus) dan menyerahkan 25 mata dari 17 turnovers.

“Menghasilkan 45 mata dari bangku dan 25 mata turnover, ia bukanlah kedudukan yang bagus untuk menang,” kata James, yang mencatatkan 23 mata dan 12 rebounds tetapi menghasilkan 9 dari 21 dari lantai. – AFP