Warriors benam Clippers

Warriors benam Clippers

SAN FRANCISCO, 5 Okt – Kevin Durant menjaringkan 21 mata dalam kemunculannya di laman sendiri ketika Golden State Warriors membenam Los Angeles Clippers 120-75 dalam perlawanan pra musim semalam.

Durant, yang menyertai pasukan Warriors dari Oklahoma City Thunder pada Julai lalu, menghasilkan trio bagi tiga mata dalam persaingan berat sebelah.

Klay Thompson mencatatkan jaringan terbanyak bagi Warriors dengan 30 mata sementara pemain MVP NBA, Stephen Curry menghasilkan 14 mata di Oracle Arena. Pasukan Warriors membuka 20 mata pada suku pertama dan tidak melihat ke belakang.

Reaksi Kevin (tengah) bersama rakan sepasukannya selepas perlawanan preseason di Oracle Arena di Oakland pada 4 Oktober 2016. – AFP
Reaksi Kevin (tengah) bersama rakan sepasukannya selepas perlawanan preseason di Oracle Arena di Oakland pada 4 Oktober 2016. – AFP

Pendahuluan mereka dilanjutkan kepada 102-51 pada awal suku keempat, amaran yang tidak menyenangkan kepada liga selebihnya ketika musim baru semakin hampir.

Jurulatih Warriors, Steve Kerr memberikan masa lebih dari 20 minit terhadap Curry, Durant, Draymond Green dan Thompson sebelum merehatkan kesemua kuartet bintangnya.

Thompson mencatatkan 30 mata dengan hanya 14 jaringan tetapi sorakan terbesar malam itu adalah bagi Durant, yang membuka jaringan lebih awal dengan three pointer sebelum meninggalkan permainan yang menerima sorakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA