Warriors bergelut tanpa Curry

Warriors bergelut tanpa Curry

LOS ANGELES, 2 Mac (AFP) – Pasukan Golden State Warriors bergelut tanpa pemain NBA Most Valuable Player, Stephen Curry semalam, tetapi bertahan untuk menewaskan Atlanta 109-105 pada masa tambahan untuk terus beraksi sempurna di laman sendiri musim ini.

Warriors memenangi kesemua 25 perlawanan di gelanggang sendiri di Oakland, California, musim ini dan 43 perlawanan berturut–turut di Orcale Arena yang melihat kembali pada musim lalu.

Tetapi dengan Curry direhatkan kerana mengalami kecederaan buku lali dan Andre Iguodala juga tidak beraksi, ia adalah satu perlawanan yang sengit.

Draymond Green berjaya mengatasi masa dengan menghasilkan three-pointer ketika perlawanan berbaki 40.2 saat untuk memberikan Warriors mata pendahuluan 107-103.

Pemain tengah Golden State dari Australia, Andrew Bogut menyelamatkan bola dari keluar dari garisan dan menghantarnya kepada Green, yang melompat dan menjaringkan mata.

Paul (4) dan Green (23) ketika bersaing dalam perlawanan di Oracle Arena di Oakland. Green berjaya mengatasi masa dengan menghasilkan three-pointer ketika perlawanan berbaki 40.2 saat untuk memberikan Warriors mata pendahuluan 107-103. – AFP
Paul (4) dan Green (23) ketika bersaing dalam perlawanan di Oracle Arena di Oakland. Green berjaya mengatasi masa dengan menghasilkan three-pointer ketika perlawanan berbaki 40.2 saat untuk memberikan Warriors mata pendahuluan 107-103. – AFP

Three-pointer dari Klay Thompson dengan perlawanan berbaki 2:54 pada masa tambahan membolehkannya meletakkan Warriors di depan dengan satu mata dan Bogut menyudahkan jaringan yang terlepas dari Green untuk menukar kedudukan menjadi 104-101.

Pasukan Hawks merapatkan jurang dengan hanya satu mata dengan jaringan dari Paul Millsap sebelum Green kehilangan keseimbangan jaringan, dan Thompson melengkapkan jaringan dengan lompatan ketika perlawanan berbaki 11.4saat.

Thompson menjaringkan tujuh dari 26 mata pada sesi tambahan ketika Warriors memperbaiki kepada 54-5 dengan gol kelimanya bagi kemenangan musim ini.

Bogut menjaringkan 19 mata dengan lapan dari sembilan jaringan, sementara Green menambah 15 mata, 13 rebounds dan lapan asis.