Warriors bermula perlahan untuk benam Bulls

Warriors bermula perlahan untuk benam Bulls

AMERIKA SYARIKAT (AS), 21 Jan – Golden State Warriors memerlukan beberapa minit untuk melakukan pemanasan tetapi mereka sudah bersemangat dan membenam Chicago Bulls 125-94 di United Center hari ini.

Stephen Curry mencatatkan 25 mata, Klya Thompson 20 dan Harrison Barnes menamatkan dengan 19 untuk memberikan pendahuluan terhadap Warriors (39-4), yang juga mencatatkan jaringan dua digit menerusi Andre Iguodala (10 mata), Leandro Barbosa (12) dan Shaun Livingston (12).

Derrick Rose daripada Chicago Bulls mendahului semua jaringan dengan 29 mata dan Jimmy Butler menambah 23 mata bagi Bulls (24-17), yang ditewaskan oleh Golden State dalam dua siri perlawanan musim ini.

Chicago mendapatkan jaringan dua digit dari bangku menerusi pemain penyerang amatur, Bobby Portis (16 mata) dan pemain pertahanan E’Twaun Moore (13).

Warriors mengekori sepanjang empat minit perlawanan, tetapi berkembang dengan 11-4 untuk merampas pendahuluan dan tidak pernah mengekori lagi.

Aksi Stephen Curry (kiri) dan Derick Rose dalam perlawanan tersebut. - Reuters
Aksi Stephen Curry (kiri) dan Derick Rose dalam perlawanan tersebut. – Reuters

Rose mencatatkan lima dari enam jaringan pertamanya dan menghasilkan 10 dari 12 mata pertama bagi Bulls untuk memulakan perlawanan. Bagaimanapun, Golden State, mendapatkan kelebihan keputusan daripada jurulatih Chicago, Fred Hoiberg untuk merehatkan Rose dengan perlawanan hanya berbaki 6:12 pada suku pertama.

Tanpa Rose beraksi, Warriors menewaskan Bulls 21-6 pada suku seterusnya untuk mendahului 34-18 bermula suku kedua. Curry, yang beraksi 12 minit pada suku pertama, mendahului dengan 10 mata dan enam assist.

Golden State, yang mendapatkan mata daripada 13 pemain yang beraksi, meneruskan penguasaan pada suku kedua.

Warriors menggunakan kelebihan mereka dalam menjaringkan mata untuk membolehkan pendahuluan kepada 63-44 pada separuh masa pertama, biarpun Rose mengumpulkan mata kepada 21 di atas 10 dari 15 jaringan.

Malam besar bagi Rose hampir tidak mencukupi, dan Butler mendapatkan jaraknya juga sudah terlewat.

Butler menjaringkan 10 mata dalam 12-4 untuk memulakan persaingan suku ketiga, meletakkan Chicago dengan 67-56 dengan perlawanan berbaki 6:13 pada suku tersebut tetapi Warriors membalas dengan lima mata yang membolehkan penguasaan 17-5.

Barnes dan Curry mencatatkan three-pointer berturut-turut dalam kebangkitan tersebut, dan mendapatkan mata pada suku permainan itu dengan dunk bagi melengkapkan kemenangan. – Reuters