Warriors catat kemenangan ke-7

Warriors catat kemenangan ke-7

LOS ANGELES, 4 Mac (AFP) – Stephen Curry mencatatkan 33 mata ketika Golden State Warriors menewaskan Oklahoma City Thunder 121-106 semalam untuk mengukuhkan rekod NBA bagi kemenangan berturut–turut.

Kemenangan kedua The Warriors ke atas Thunder dalam tempoh enam hari adalah kali ke-44 mereka di Oracle Arena ketika mereka menyamakan rekod yang dicatatkan oleh Chicago Bulls dari Mac 1995 sehingga April 1996.

“Ini adalah istimewa. Kami begitu dominan di laman sendiri,” kata Curry.

Kemenangan itu juga menghasilkan tiga perlawanan, penguasaan siri musim ini bagi Warriors ke atas Thunder.Kemenangan itu melibatkan kemenangan Warriors 121-118 ke atas Oklahoma City pada Sabtu lalu.

Dalam gaya sama, Thunder mencatatkan satu lagi pendahuluan suku keempat sebelum Golden State, yang merekodkan rekod terbaik dalam sejarah NBA melalui 59 perlawanan, untuk bangkit dari belakang.

Curry ketika bersaing dengan Randy pada pusingan separuh masa ketiga dalam perlawanan antara Golden State Warriors menentang Oklahoma City di Oracle Arena. – Reuters
Curry ketika bersaing dengan Randy pada pusingan separuh masa ketiga dalam perlawanan antara Golden State Warriors menentang Oklahoma City di Oracle Arena. – Reuters

Curry melepaskan lima dari 15 lontaran dari bulatan hampir setengah dari matanya untuk mencatatkan three pointer.

“Saya merasa sedikit sukar,’ katanya. “Saya tidak melakukan lontaran dengan baik tetapi rakan sepasukan saya di bangku simpanan memberitahu saya untuk terus menjaringkannya.”

The Warriors sekarang mencatatkan kemenangan tujuh kali berturut-turut. Mereka mengekori sehingga sembilan dalam suku ketiga dan tewas pada keputusan 83-82 memasuki suku terakhir.

Mereka mendahului menerusi dua lontaran bebas pemain kawalan, Shaul Livingston pada minit pertama suku terakhir.

“Unit kedua kami membolehkan kami mendahului suku keempat dan menukar momentum yang memihak kepada kami,” kata Curry.