Warriors dahului Cavaliers 2-0

Warriors dahului Cavaliers 2-0

LOS ANGELES, 6 Jun – Pasukan Golden State Warriors dalam laluan kembali untuk mengulangi menjadi Juara NBA.

Draymond Green menghasilkan lima triples untuk mencatatkan 28 mata, pemain MVP liga, Stephen Curry mencatatkan 18 dengan sembilan rebound dan Warriors menewaskan Cleveland Cavaliers 110-77 hari ini untuk mendahului 2-0 dalam NBA final.

Siri kejuaraan yang ditunggu-tunggu dalam perlawanan ulangan Final pada tahun lepas menyaksikan Warriors menewaskan Cavaliers dalam enam perlawanan untuk memenangi gelaran NBA pertama mereka dalam lebih dari empat dekad.

Klay Thompson mencatatkan 17 mata, sementara “Brazilian Blur” Leandro Barbosa menambah 10 dari bangku bagi Warriors, yang mencatatkan 15 dari 33 triples dan mendahului sebanyak 34.

LeBron James mencatatkan 19 mata, lapan rebounds dan sembilan asis untuk Cavaliers, yang membuat lontaran 35.4 peratus dari lantai.

Draymond Green melakukan slam dunk di bakul Cleveland Cavaliers. - AFP
Draymond Green melakukan slam dunk di bakul Cleveland Cavaliers. – AFP

Cleveland kehilangan tenaga pemain penyerang Kevin Love, selepas disiku di bahagian kepala oleh Harrison Barnes pada suku kedua ketika perebutan bagi rebound.

Love mengalami rasa pening selepas kembali untuk beraksi pada awal suku kedua dan dibawa ke bilik persalinan bagi kajian selanjutnya. Keputusan ujian adalah dia diletakkan dalam NBA Concussion Protocol.

Golden State mendahului dengan 15 sebelum mendapatkan kelebihan suku pertama 52-44 ke bilik persalinan ketika Green meledakkan 18 mata dengan Curry menambah 12. James mengungguli pasukan Cavs dengan kesemua 14 matanya pada suku kedua.

Mengekori dengan dua selepas suku pembukaan, Warriors terus mendahului 20-2 menerusi tiga mata dari Green untuk berada di depan dengan 42-30 dengan perlawanan berbaki 5:09 sebelum suku pertama berakhir.

Pendahuluan itu terus berkembang kepada 52-37 dengan perlawanan berbaki 2:09 sebelum James dan pemain gantian Richard Jefferson bergabung bagi penutupan 8-0 untuk mengembalikan Cavs kepada lapan pada rehat.

Pasukan Warriors mengekalkan penguasaan mereka dan menekankan pendahuluan kepada 82-62 untuk berada ke suku keempat selepas Curry dipaksa di bangku simpanan kerana faul keempat dengan perlawanan berbaki 8:42. Green mencatatkan 10 mata dan Thompson sembilan dengan menghasilkan dua triples. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA