Warriors elak penyingkiran

Warriors elak penyingkiran

LOS ANGELES, 27 Mei – Pemain MVP Stephen Curry membuka jaringan 12 dari 31 mata dalam enam minit terakhir, Klay Thompson mencatatkan 27 dan Golden State Warriors menghindarkan penyingkiran dengan kemenangan 120-111 ke atas pasukan pelawat Oklahoma City Thunder semalam untuk mencatatkan 3-2 dalam persaingan Western Conference.

Andrew Bogut mencatatkan 15 mata dengan 14 rebounds, Marreese Speight menjaringkan 14 sementara Draymond Green menghasilkan 11 dan 13 rebound bagi Golden State, yang mendahului hampir sepanjang perlawanan.

Juara NBA bertahan akan bersedia untuk mencatatkan kemenangan dalam Game 6 esok di Oklahoma City sementara Thunder mendapatkan satu lagi peluang untuk ke final.

Kevin Durant mendahului OKC dengan 40 mata, salah satu dari kerjaya terbaiknya dalam playoff, dan Russell Westbrook mencatatkan 31 mata dengan tujuh rebounds dan lapan asis.

Golden State mencatatkan pendahuluan kelebihan 81-77 pada suku keempat sebelum memenangi 8-0 yang dicatatkan menerusi triple dari Andre Iguoddala dan Harrison Barnes membuka 12 mata ketika Curry menyaksikan dari bangku simpanan.

Aksi di bawah bakul Stephen Curry dan Kevin Durant. – AP
Aksi di bawah bakul Stephen Curry dan Kevin Durant. – AP

Pasukan Thunder mengekori 13 sebelum kejayaan triple-cappe dari Durant dengan 8-0 untuk mencatatkan 103-98 dengan perlawanan berbaki 4:34.

Tetapi Curry memberikan respons dengan lapan mata dalam persaingan 9-3, melanjutkan pendahuluan kepada 112-101 dengan perlawanan berbaki 57 saat, dan menceriakan penyokong di Oracle Arena.

Pasukan Warriors mendahului 25-21 selepas suku pertama dan melanjutkannya menjadi 58-50 pada suku pertama diketuai oleh 16 mata dari Thompson dan Curry 11. – dpa