Warriors kalah lagi

Warriors kalah lagi

LOS ANGELES, 17 Jan – Pasukan Golden State Warriors mengalami kekalahan untuk kali kedua dalam tiga perlawanan semalam, tewas 113-95 kepada Detroit Piston biarpun 38 mata diperoleh daripada Stephen Curry.

Juara bertahan NBA, Warriors (37-4) memulakan musim dengan mencatatkan 24 rekod kemenangan berturut-turut dan memenangi 36 dari 38 perlawanan pertama mereka.

Tetapi mereka mengalami kekalahan 112-110 di Denver Rabu lepas, dan dikalahkan dengan teruk oleh Detroit, yang tewas dua perlawanan terakhir tetapi dilihat bertenaga menerusi sokongan penyokong yang bersedia bagi majlis persaraan bekas pemain tengah Piston, Ben Wallace dengan jersi no.3.

Curry menghasilkan 13 dari 26 jaringan, termasuk tujuh three-pointer, dan Klay Thompson menambah 24 mata dengan 8 dari 18 jaringan. Tetapi pemain Warriors selebihnya hanya mencatatkan 13 dari 50 jaringan.

Klay Thompson cuba mendapatkan bola daripada pemain Detroit Piston. - Reuters
Klay Thompson cuba mendapatkan bola daripada pemain Detroit Piston. – Reuters

Reggie Jackson dan Kentavious Caldwell-Pope menjaringkan 20 mata dan Andre Drummond mencatatkan 21 rebound bagi Pistons, yang menguasai dengan suku kedua dan tidak pernah melihat ke belakang.

Dalam suku kedua penentuan, Detroit mencatatkan 17 mata dari simpanan dan mengatasi Golden State, 38-19, untuk membuka pendahuluan 65-49 pada separuh masa pertama. Warriors tidak dapat merapatkan jurang lebih dari 10 mata selepas itu.

Golden State ketinggalan satu daripada rekod terbaik sepanjang masa pada pertengahan musim yang dikongsi bersama oleh Los Angeles Lakers 1971-72 dan Chicago Bulls 1995-96. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA