Warriors kukuhkan kedudukan

Warriors kukuhkan kedudukan

SAN FRANCISCO, 17 Mac (AFP) – Stephen Curry mencatatkan 34 mata untuk mengukuhkan Golden State Warriros bagi rekod kemenangan ke-50 berturut–turut semalam, sementara Cleveland Cavaliers menunjukkan mereka boleh mencatatkan kemenangan tanpa LeBron James.

Curry menghasilkan 12 dari 20 mata, termasuk 8 dari 13 menerusi 3 mata arc, ketika Warriors menewaskan New York 121-85, memperbaiki kedudukan kepada 32-0 di laman sendiri musim ini dengan 50 perlawanan bagi kemenangan pada keseluruhannya.

Dalam persaingan NBA 61-6, Warriors memiliki peluang menarik untuk mengatasi rekod semusim 72-10 yang dicatatkan oleh Chicago Bulls pada 1995-96.

Curry memulakan perlawanan dengan enam dari lapan dan empat dari enam dalam three-pointer menyaksikan Warriors mendahului 31-19 dalam laluan untuk memenanginya.

Sementara itu, Kyrie Irving mencatatkan 33 mata dan hadir dengan kekuatan pada saat akhir untuk mengekalkan kejuaraan tuan rumah, Cleveland 99-98 ke atas Dallas.

Jose Calderon dan Curry (kanan) ketika bersaing dalam separuh masa pertama di Oracle Arena. Curry mencatatkan 34 mata untuk mengukuhkan Golden State Warriros bagi rekod kemenangan ke-50 berturut–turut semalam. – Reuters
Jose Calderon dan Curry (kanan) ketika bersaing dalam separuh masa pertama di Oracle Arena. Curry mencatatkan 34 mata untuk mengukuhkan Golden State Warriros bagi rekod kemenangan ke-50 berturut–turut semalam. – Reuters

Pasukan Cavaliers beraksi tanpa pemain Most Valuable Player NBA kali keempat, LeBron James, yang diberikan rehat, tetapi pasukan memperbaiki kedudukan 4-12 dalam tempoh dua musim apabila beraksi tanpa James.

Irving membuat lontaran jauh apabila Maverick bergabung dengan perlawanan berbaki 16 saat dan Cavaliers mencatatkan kedudukan 97-95.

“Saya begitu (marah) pada pertukaran. Ia masih dalam kepala saya tetapi saya cuba untuk tidak menunjukkannya,’ kata Irving. Irving mengembalikan semula kedudukan apabila mendapatkan Dirk Nowitzki dan berada didepannya. Nowitzki dikasari, dan Irving melakukan dua lontaran bebas.

“Dirk cuba untuk meningkatkan,’ kata Irving. ‘Saya tahu dia menginginkannya.”

ARTIKEL YANG SAMA