Warriors lemah tanpa Curry

Warriors lemah tanpa Curry

PHILADELPHIA, 31 Dis (Reuters) – Pasukan Golden State Warriors yang mempertahankan gelaran NBA terjejas dengan beberapa kecederaan kepada para pemain mereka, isu yang tidak mereka hadapi dalam kejayaan musim lalu.

Pemain MVP, Stephen Curry menambah kepada kesukaran pasukan semalam apabila dia terpaksa keluar kerana mengalami bengkak kaki kiri dan hanya menonton ketika Warriors kalah 114-91 kepada Dallas.

Golden State (29-2) bermula dengan baik dalam sejarah NBA walaupun dilihat perlahan dari kedudukan sukar yang menyaksikan mereka mencatatkan 24 kemenangan pertama mereka, rekod bagi NBA.

Tanpa Curry, penjaring utama liga pada 30.5 mata bagi satu perlawanan, Warriors menyusun semula pasukan yang menewaskan pesaing mereka dengan pergerakan bola dan jaringan tiga mata.

“Dia ialah pemain MVP liga jadi dia akan menjadikan perlawanan berbeza,” kata pemain barisan depan Draymond Green, satu–satunya pemain awal Warriors untuk beraksi setiap perlawanan musim ini, berikutan kekalahan.

Stephen Curry yang tidak bermain buat Golden State Warriors akibat kecederaan menjejaskan serba sedikit permainan pasukan itu. – Reuters
Stephen Curry yang tidak bermain buat Golden State Warriors akibat kecederaan menjejaskan serba sedikit permainan pasukan itu. – Reuters

“Ia selalu berbeza (tanpanya).”

Ketiadaan Curry adalah yang terbaru dalam kesukaran itu, Golden State juga beraksi tanpa kelibat Harrison Barnes (cedera buku lali) dan baru–baru ini merehatkan pemain simpanan Leandro Barbosa (cedera bahu) dan Festus Exeli (tumit).

Barnes tidak beraksi bagi 14 perlawanan lalu, sementara pemain utama Klay Thomspin terlepas perlawanan lebih awal musim ini yang menyaksikan Warriors tewas buat kali pertama.

Ketua jurulatih Steve Kerr belum mendapatkan rehat berikutan kecederaan belakang musim penamat.

ARTIKEL YANG SAMA