Warriors mara ke final NBA

Warriors mara ke final NBA

OAKLAND, Amerika Syarikat, 28 Mei (AFP) – Golden State Warriors berjaya mara ke pusingan akhir NBA buat pertama kalinya sejak 40 tahun dengan menewaskan kumpulan Houston Rockets untuk berdepan dengan jaguh dari timur Cleveland Cavaliers.

Warriors yang merupakan kumpulan terbaik pada musim regular dengan rekod 67 menang dan 15 kalah, menewaskan kumpulan Houston Rockets dengan keputusan 104-90 memenangi siri perlawanan mereka 4-1 di kejohanan akhir peringkat barat.

Mereka akan bertemu kumpulan Cleveland Cavaliers di peringkat akhir yang diterajui oleh pemain terbaik NBA sebanyak empat kali Lebron James yang telah mengalahkan Atlanta Hawks di kejohanan akhir peringkat timur.

Sejak 1975 ini kali pertama Warriors mara ke peringkat akhir yang mana mereka telah berjaya menewaskan Washington Bullet dengan kiraan siri 4-0. Warriors akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama nanti yang bermula 4 Jun.

Pasukan Golden State Warriors bergambar ramai bersama trofi mereka. – AFP
Pasukan Golden State Warriors bergambar ramai bersama trofi mereka. – AFP

“Kami hanya memerlukan empat kali menang lagi untuk capai matlamat,” kata pemain paling berharga (MVP) Stephen Curry kepada penyokong tegar kumpulan itu.

Curry menerajui kumpulannya dengan 26 mata, walaupun terpaksa mengenakan sarung perlindungan di tangan kanannya setelah jatuh teruk pada perlawanan sebelumnya yang juga menimpa kepalanya.

Pemain depan Harrison Barnes memainkan peranan penting pada perlawanan tersebut apabila berjaya mematahkan saingan sengit di 7 minit terakhir apabila berjaya menjaringkan beberapa skor menjadikan mata 11-2 bagi mendahului kumpulannya dengan mata 87-72.

“Saya hanya ingin bermain secara agresif,” kata Barnes, yang telah mengganti rakan sepasukannya Klay Thompson apabila rakannya itu mendapat kecederaan di telinga.

ARTIKEL YANG SAMA