Warriors mara ke pusingan seterusnya

Warriors mara ke pusingan seterusnya

OAKLAND, 28 April – Pasukan Golden State Warriors tidak menunjukkan masalah walau tanpa pemain pengawal utama, Stephen Curry, apabila menewaskan Houston Rockets 114-81 semalam bagi mencatatkan kejayaan 4-1 pada pusingan pertama playoff Western Conference.

Juara bertahan NBA itu kini akan menentang sama ada Portland Trail Blazers atau Los Angeles Clippers.

Jika Trail Blazers, meningkatkan kedudukan 3-2 dalam siri itu, boleh menewaskan Clippers yang dilanda dengan kecederaan di gelanggang sendiri esok, persaingan best-of-seven separuh akhir Western akan bermula pada Ahad di Oakland.

Pasukan Warriors hampir pasti tanpa kelibat Curry bagi sepanjang persaingan, dari siri pusingan kedua selepas mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan ketika Game 4 menentang Rockets pada Ahad lalu.

Pasukan Golden State memperbaiki kedudukan 4-2 tanpa pemain NBA Paling Berharga (MVP) dengan memenangi siri itu menentang Rockets, dengan pemain veteran, Shaun Livingston menggantikan peranan Curry dan menyumbang 16 mata bagi tujuh dari lapan jaringan.

Aksi kedua-dua pasukan di bawah keranjang dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi kedua-dua pasukan di bawah keranjang dalam perlawanan tersebut. – AFP

Sepuluh dari mata Livingston hadir pada empat bagi empat jaringan dan dua daripada lontaran bebas pada suku pertama, ketika mana Warriors menjaringkan lapan mata pertama dan menjejaskan setiap gerakan Rockets, James Harden dalam laluan bagi mendahului 37-20.

Harden mencatatkan 18 mata pada suku, menyudahkan lapan jaringan. Sementara itu, rakan sepasukannya tidak pernah menghasilkan lompatan dalam tempoh 12 minit, menghasilkan 0 bagi 15 dari tengah dan 0 bagi 7 dari jarak 3-pointer.

Dua lontaran bebas Dwight Howard memberikan satu-satunya jaringan Houston selain dari Harden dalam tempoh itu.

Harden menamatkan dengan 35 mata untuk menghasilkan enam rebounds dan enam asis pasukan itu, tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi keseimbangan serangan Warriors.

Klay Thompson meletakkan pendahuluan Golden State dengan 27 mata, menghasilkan 10 dari 14 lontaran dan tujuh dari 11 bagi percubaan 3 mata.

Warriros menamatkan 13 dari 31 dari sekitar bulatan, mengatasi Rockets 39-18 dari jarak jauh biarpun mendapatkan beberapa percubaan. Houston mendahului 6 bagi 33 dengan 3 pointer, dengan Harden menghasilkan tiga dari tujuh tries. – Agensi