Warriors menang mudah ke atas Suns

OAKLAND, 13 Feb – Stephen Curry telah berjaya mencatatkan 22 mata jaringan dan jurulatih Pasukan Golden State Warriors, Steve Kerr cuba untuk memecahkan kebuntuan dalam musim yang panjang dengan membalikkan masa pelepasan kepada pemainnya dengan kemenangan 129-83 ke atas Pasukan Phoenix Suns malam semalam.

Juara bertahan Warriors semakin menghampiri kejuaraan All-Star hujung minggu ini, jurulatih pasukan itu berusaha untuk mencari jalan terbaru untuk menarik perhatian pemainnya dengan menukarkan papan putih ketika masa rehat untuk menukar beberapa orang pemain, dengan Draymond Green dan Andre Iguodala mendapat banyak peluang bagi permainan.

Kerr menghabiskan masa rehat di luar gelanggang ketika para pemainnya berkumpul membincangkan strategi permainan seterusnya. Strategi yang diambil berjalan dengan baik meskipun terpaksa bergelut menentang pasukan lawan yang menjadi pasukan pertama dengan 40 kekalahan musim ini.

Pemain dari Pasukan Phoenix Suns Payton (kanan) cuba menghalang Stephen Curry dari Pasukan Golden State Warriors (kiri) dari mendapatkan bola semasa perlawanan pusingan pertama bola keranjang NBA di Oakland, California, semalam. – AP

Pemain Warriors, Omri Casspi menambahkan 19 mata, Kevin Durrant 17 mata, Klay Thompson dan Nick Young masing-masing menjaringkan 16 mata yang menjadikan kemenangan pasukan itu yang ke-12 berturut-turut dalam siri perlawanan itu, menjadikannya pasukan yang paling lama aktif menentang mana-mana pasukan.

Sementara itu, pemain dari Phoenix Suns, Elfrid Payton menjaringkan 29 mata dalam perlawanan keduanya sejak berpindah dari Pasukan Orlando, namun pasukan itu masih mengalami kekalahann buat kali keenam secara berturut-turut dan yang ke-11 dari 12 permainan mereka.

Dia telah menjaringkan 16 mata dalam pusingan pertama sebelum Curry menaikkan mata jaringan dengan mendapatkan sedikit bantuan. Payton berhasil mendapatkan tujuh jaringan, akan tetapi rakan sepasukannya bermula 1-untuk-15 dan Warriors berjaya mendahului dengan 25-24 menjelang akhir pusingan pertama selepas menjaringkan 32 mata pada suku pertama tiga perlawanan terdahulu. – AFP