Warriors mengganas lagi

Warriors mengganas lagi

SAN FRANCISCO, 29 Nov – Stephen Curry dan Kevin Durant masing-masing mencatatkan 25 mata yang menyaksikan pasukan Golden State Warriors menterbalikkan defisit suku keempat untuk menewaskan Atlanta Hawks 105-100 dan melakarkan kemenangan ke-12 awal pagi tadi.

Atlanta menyaksikan Warriors terjejas selepas mendahului 81-80 pada suku akhir persaingan.

Tetapi dua jairngan dari Andre Iguo-dala, lompatan dari Durant dan Shyaun Livingston membolehkan Warriors menguasai 8-0 yang meletakkan mereka di depan dengan 88-81.

Atlanta kembali memberikan persaingan 88-85 dengan jaringan Kent Bazemore tetapi terlepas jaringan tiga mata dari Dennis Schroder dan Bazemore.

Percubaan tiga mata dari Bazemore juga gagal dengan perlawanan berbaki dua minit dengan Warriors bertahan bagi pendahuluan 91-89.

Golden State Warriors meneruskan kempen kemenangan mereka setelah menewaskan Atlanta Hawks 105-100. – AP
Golden State Warriors meneruskan kempen kemenangan mereka setelah menewaskan Atlanta Hawks 105-100. – AP

Pasukan Warriors membalas dengan enam mata yang tidak berbalas, termasuk empat dari Durant untuk memberikan mereka ruang bernafas.

Dua hadangan hebat oleh Draymond Green pada minit akhir yang juga menyentapkan cabaran Atlanta ketika pasukan Warriors memperbaiki rekod perlawanan kepada 16-2.

Durant sementara itu mendahului rebound dengan 14, sementara Klay Thompson menambah 20 mata.

Schroder meletakkan Atlanta dengan menjaringkan 24 mata ketika Hawks tercicir 10-8. Ia adalah kekalahan keenam dalam tujuh perlawanan bagi Atlanta, yang mengatasi 9-2 permulaan kempen awal musim ini. – AFP