Warriors rai kejuaraan bersama penyokong

SAN FRANCISCO, 16 Jun – Pasukan Golden State Warriors meraikan kejuaraan NBA terbaru mereka bersama para penyokong dengan melambai tangan dari atas bas dua tingkat ketika perarakan kejuaraan mereka di jalan-jalan raya Oakland.

Pemain-pemain dengan gembira menjulang Trofi Larry O’Brien dan memberikan tepukan ketika konfeti memenuhi udara.

Perarakan itu berakhir di tebing Lake Merritt, di mana jurulatih Steve Kerr dan pemain memberikan ucapan kepada orang ramai ketika perhimpunan selama 80 minit itu.

“Kami perlu menikmati kegembiraan ini sepenuhnya,” kata pemain pertahanan, Stephen Curry. “Sepanjang hari ini, ini adalah persekitaran menyeluruh, ia adalah luar biasa.”

Pasukan Warriors menewaskan Cleveland Cavaliers dalam lima perlawanan untuk memenangi gelaran, mencatatkan rekod 15-1 dalam siri pasca musim itu. Ia adalah kejuaraan kedua dalam tiga musim bagi Warriors.

Para pemain Golden State Warriors meraikan kejuaraan NBA 2017 mereka bersama ribuan penyokong di Pusat Konvensyen The Henry J.Kaiser, Oakland. – AFP
Para pemain Golden State Warriors meraikan kejuaraan NBA 2017 mereka bersama ribuan penyokong di Pusat Konvensyen The Henry J.Kaiser, Oakland. – AFP
Bintang Warriors, Stephen Curry ketika berseronok bersama para penyokong dalam acara perarakan itu di jalan-jalan raya Oakland. – AP
Bintang Warriors, Stephen Curry ketika berseronok bersama para penyokong dalam acara perarakan itu di jalan-jalan raya Oakland. – AP

“Tidak ada seorang pun lebih gembira daripada saya,” kata pemilik Warriors, Joe Lacob. “Ini adalah tugas terbaik dalam dunia.”

Kejuaraan itu adalah yang pertama sepanjang kerjaya pemain penyerang Kevin Durant, dan MVP NBA Finals.

Keputusan Durant untuk meninggalkan Oklahoma City Thunder dan menyertai Warriors dikritik oleh banyak pihak, tetapi memenangi gelaran memberikan penebusan bagi bintang NBA itu.

“Ia bermakna bagi saya untuk memenangi kejuaraan itu,” Durant memberitahu orang ramai. “Kami berharap boleh mengekalkannya. Terima kasih kerana sokongan anda.

“Ia adalah tahun yang gila bagi saya. Berada dalam tahun ini adalah yang menggembirakan. Anda datang bertugas setiap hari dan ia lebih mengembirakan.

Golden State melalui 40 tahun antara gelaran selepas memenangi mahkota itu pada 1975. Tiga dari lima gelaran francais diperolehi selepas pasukan itu berpindah ke Bay Arena dari Philadelphia. – AFP