Warriors terus pamer aksi cemerlang

Warriors terus pamer aksi cemerlang

OAKLAND, California, 24 Mac (Reuters) – Stephen Curry mencatatkan 33 mata ketika Golden State Warriors terus berada dalam laluan untuk melakarkan sejarah malam semalam dengan kemenangan 114-98 ke atas Los Angeles Clippers.

Klay Thompson menambah 32 mata dengan memperoleh tujuh 3-pointer, Curry menghasilkan teknikal pada suku keempat, dan Harrison Barnes mencatatkan 11 mata dan enam rebounds ketika Golden States (64-7) terus dengan satu perlawanan didepan kejayaan 1995-96 dari Bulls dalam kemenangan ke 72 mereka musim ini.

Pasukan Warriors memenangi kemenangan ke 51 mereka dilaman sendiri musim biasa, memperbaiki kepada 33-0 musim in di Oracle Arena. Pasukan Clippers ditewaskan oleh Golden State buat kali pertama sejak melepaskan enam pertemuan pada 1985-86.

Aksi Curry (30) ketika menentang Clippers di Oracle Arena. Curry mencatatkan 33 mata ketika Warriors terus berada dalam laluan untuk melakarkan sejarah malam semalam dengan kemenangan 114-98 ke atas Los Angeles Clippers.
Aksi Curry (30) ketika menentang Clippers di Oracle Arena. Curry mencatatkan 33 mata ketika Warriors terus berada dalam laluan untuk melakarkan sejarah malam semalam dengan kemenangan 114-98 ke atas Los Angeles Clippers.

Kawhi Leonard menyamakan kejayaan sepanjang kerjayanya dengan 32 mata sebelum keluar dengan kecederaan quadriceps ketika San Antonio menewaskan Miami 112-88 untuk terus mencatatkan rekod sempurna di tempat sendiri.

San Antonio memenangi 36 perlawanan di laman sendiri pertama, meletkakan Spurs ketinggalan dengan rekod persaingan yang dicatatkan oleh Chicago pada 1995-96. pasukan Spursmemenangi 45 perlawanan berturut –turut di laman sendiri dalam tempoh dua musim.Kecederaan Leonard pasti menjejaskan keseluruahan 60 kejayaan pasukan itu, tetapi ia tidak dilihat serius.