Warriors teru...

Warriors teruskan momentum kemenangan

LOS ANGELES, 6 Jan – Stephen Curry mencatatkan 35 mata dan Kevin Durant menghasilkan 30 ketika pasukan Golden State Warriors memenangi perlawanan kesembilan mereka dengan kemenangan 125-117 ke atas Portland Trail Blazers pada Rabu lalu.

Pasukan Warriors membantu melengkapkan kemenangan dengan kejayaan 34 saat ke suku akhir yang melibatkan ‘three pointer’ dari Curry, aksi dunk menerusi Shaun Livingston dan halangan dari Draymond Green.

“Kami berada dalam misi untuk melakukan yang terbaik pada tahun ini,” kata Curry.

“Saya beraksi dengan perlawanan yang menarik malam ini. Saya perlu melakukan tugasan saya dan berharap kami akan berada dalam kedudukan yang menarik pada akhir tahun.”

Biarpun ketiadaan bintang Damain Lillard yang mengalami kecederaan bagi kali kelima berturut-turut, Trail Blazers masih mampu untuk memastikan Warriors bertungkus lumus bagi kemenangan NBA didepan 19,600 penonton di Oracle Arena, Oakland.

C.J. McCollum (3) cuba dihalang oleh pemain Warriors, Zaza Pachulia ketika separuh masa pertama aksi NBA di Oakland. – AP
C.J. McCollum (3) cuba dihalang oleh pemain Warriors, Zaza Pachulia ketika separuh masa pertama aksi NBA di Oakland. – AP

CJ McCollum menyamai persembahan Curry yang mencatatkan 35 mata ketika Trail Blazers menamatkan dengan 113-107 dengan perlawanan hanya berbaki lima minit namun melepaskan beberapa peluang yang menghalang mereka menghampiri kedudukan.

Warriors mendahului lapan apabila Livingston berada di belakang pertahanan Portland bagi dunk dengan perlawanan berbaki 3:43.

Kemudian Curry mencatatkan ‘three pointer’ kelimanya pada malam itu, melebarkan pendahuluan Golden State 118-107 dengan perlawanan berbaki 3:09.

Portland tidak pernah menghampiri selain lapan mata bagi masa selebihnya.

Curry menghasilkan 12 dari 25 lontaran bagi 30 mata dalam satu perlawanan kesembilannya musim ini dan Durant menghasilkan sembilan dari 16 lontaran ketika Golden State mencatatkan jaringan 50.6 peratus sebagai satu pasukan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA