Wartawan Al-Jazeera ditahan

Wartawan Al-Jazeera ditahan

KAHERAH, 21 Jun (Agensi) – Seorang wartawan Arab Al-Jazeera yang terkenal ditahan semalam di Jerman dalam satu waran tangkap dikeluarkan oleh Mesir, lapor stesen penyiar yang berpangkalan di Qatar, yang terbaru dalam beberapa siri perbalahan undang-undang di antara Mesir dan saluran berita satelitnya.

Ahmed Mansour, wartawan senior dengan perkhidmatan Arab, ditahan pada 1320 GMT ketika cuba menaiki sebuah kapal terbang Qatar Airways di lapangan terbang Tegel di Berlin dalam perjalanan ke Doha, lapor stesen. Ia berkata beliau sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun di Mesir kerana didakwa menyeksa seorang peguam tanpa nama di Dataran Tahrir pada 2011, satu dakwaan yang ditolak oleh beliau dan saluran televisyen.

Sementara tidak mengenal pasti Mansour berdasarkan nama, jurucakap polis Jerman Meik Grauer berkata pihak berkuasa menahan seorang wartawan Mesir-Britain berusia 52 tahun dan pendakwa akan memeriksa waran tangkapan hari ini.

Pada Oktober, Al-Jazeera berkata Interpol telah menolak satu permohonan Mesir untuk mengeluarkan “notis dikehendaki” untuk penangkapan Mansour.

Seorang wartawan Al-Jazeera ditahan di Jerman dalam satu waran tangkap yang dikeluarkan Mesir.
Seorang wartawan Al-Jazeera ditahan di Jerman dalam satu waran tangkap yang dikeluarkan Mesir.

Pemangku Ketua Pengarah rangkaian Mostefa Souag meminta Mansour dibebaskan dengan serta merta, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang semalam.

“Negara lain tidak boleh membenarkan diri mereka dijadikan alat penindasan media ini, apatah lagi mereka yang menghormati kebebasan media seperti yang dilakukan oleh Jerman,” kata Souag.

Mansour baru-baru ini mengadakan temu bual dengan ketua Barisan Nusra, cawangan al-Qaida yang bertempur dalam perang saudara Syria. Dalam satu artikel di Facebook malam semalam, beliau menunjukkan kepada pihak berkuasa Jerman satu e-mel daripada Interpol berkata beliau tidak dikehendaki oleh mereka.

ARTIKEL YANG SAMA