Wartawan AS dibebaskan di Yaman

Wartawan AS dibebaskan di Yaman

MUSCAT, 2 Jun (AFP) – Seorang warga Amerika Syarikat adalah di antara beberapa orang dipercayai ditahan oleh pemberontak Huthi di Yaman dibebaskan dan menerima rawatan hari ini di negara jiran Oman, yang sedang menghoskan rundingan di antara Washington dan pemberontak Syiah yang disokong Iran.

Seorang diplomat di Muscat berkata rundingan di antara pihak Amerika dan Huthi adalah bertujuan mempromosi persidangan damai di Geneva, yang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) setakat ini gagal untuk memujuk pihak yang bertelagah untuk menghadirinya.

Bagaimanapun Jabatan Negara berkata hanya Anne Patterson, pegawai tertinggi AS bagi hal ehwal Timur Dekat, berada di Oman bagi perbincangan “mengenai banyak isu”.

Berita mengenai pembebasan wartawan Amerika Casey Coombs keluar tatkala media negara Oman melaporkan bahawa seorang warga Singapura juga turut tiba di negara itu dan sudah pun dalam perjalanan pulang ke tanah airnya.

Anggota paramedik Oman menolak tandu membawa warga AS yang ditahan pemberontak Huthi yang disokong Iran, ketika tiba di Oman. – AFP
Anggota paramedik Oman menolak tandu membawa warga AS yang ditahan pemberontak Huthi yang disokong Iran, ketika tiba di Oman. – AFP

“Saya boleh..sahkan bahawa warga AS Casey Coombs sudah berlepas dari Yaman dan tidak dengan selamat di Muscat,” kata jurucakap Jabatan Negara Marie Harf.

“Beliau berada dalam keadaan stabil. Duta AS dan pegawai konsulat menemuinya di lapangan terbang dan menyediakan semua bantuan yang diperlukan.”

Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Oman, ONA, menunjukkan Coombs diangkat dari ambulans dengan pendakap di kepalanya.