Wartawan AS dibunuh di Syria menjadi sasaran rejim

Wartawan AS dibunuh di Syria menjadi sasaran rejim

WASHINGTON, 10 Julai – Rejim Bashar al-Assad dari Syria telah menyasarkan dan membunuh wartawan pemberita Amerika Syarikat (AS) Marie Colvin pada Februari 2012 untuk menahannya daripada membuat liputan tentang kekejaman kerajaan, menurut tindakan mahkamah yang difailkan di mahkamah AS semalam.

Ketenteraan Syria telah memintas perhubungan Colvin dan melepaskan roket bertubi-tubi ke atas kedudukannya di bandar Homs yang dikepung, menurut dokumen yang difailkan di mahkamah daerah AS, di Washington.

Colvin, yang pada masa melaporkan bagi London Sunday Times, terbunuh bersama jurugambar dari Perancis, Remi Ochlik, jurugambar Britain Paul Conroy, pemberita Perancis Edith Bouvier dan pembela media warga Syria, Wael al-Omar tercedera dalam serangan sama.

Tindakan mahkamah itu mengatakan bertindak ‘dengan dirancang terlebih dahulu, para pegawai sengaja membunuh Marie Colvin dengan melancarkan serangan roket yang disasarkan’ ke atas studio siaran sementara di Homs, yang mana Colvin dan para pemberita lain berpangkalan.

Tindakan mahkamah itu berdasarkan maklumat dari dokumen kerajaan yang ditawan dan mereka yang berpaling tadah. Ia menamakan beberapa pegawai Syria termasuklah abang Assad, Maher.

Selepas pemberi maklumat mengesahkan kehadiran Colvin di tapak itu, unit-unit artileri Syria ‘sengaja melancarkan serangan roket dan mortar yang terus disasarkan ke arah Pusat Media.

“Dengan menggunakan kaedah sasaran yang dipanggil ‘himpunan’ roket berganda telah dilancarkan ke mana-mana sisi Pusat Media itu, yang lebih dekat dengan setiap pusingan,” menurut tindakan mahkamah itu lagi.

Serangan roket itu ‘adalah objek konspirasi’ para pegawai kanan rejim Assad ‘untuk mengawas, menyasarkan dan akhirnya membunuh wartawan-wartawan awam untuk mendiamkan media tempatan dan antarabangsa sebagai sebahagian usaha untuk menumpaskan penentangan politik,” menurut dokumen itu.

Colvin, yang berusia 56 tahun, membuat liputan banyak konflik berdarah dalam tempoh tiga dekad lalu.

Dia mengenakan penutup mata hitam setelah kehilangan satu belah matanya dalam letupan bom tangan ketika melaporkan perang saudara Sri Lanka pada tahun 2001. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA