Wartawan asing kekal di Ecuador

Wartawan asing kekal di Ecuador

QUITO, 18 Ogos – Seorang hakim di Ecuador semalam enggan menghantar pulang wartawan warga Perancis-Brazil yang membuat liputan bantahan ke atas kerajaan Presiden Rafael Correa.

Pihak berkuasa memberkas Manuela Picq, 38, dan sejumlah besar lain yang mengadakan demonstrasi pada Khamis lepas tetapi kemudiannya bertukar menjadi ganas.

“Mahkamah ini memutuskan untuk tidak menghantar pulang,” kata Hakim Gloria Pinza dalam perbicaraan yang dipantau dari dekat oleh komuniti antarabangsa di tengah-tengah keprihatinan mengenai penghormatan ke atas kebebasan media.

Berikutan penahanan Picq, pihak berkuasa meminta supaya mahkamah mengarahkan penghantaran pulang wartawan itu kerana mendakwa beliau mungkin berada di Ecuador tanpa dokumen perjalanan yang sah. – AFP