Wartawan BBC kena jel, kerja berat di Myanmar

Wartawan BBC kena jel, kerja berat di Myanmar

YANGON, 7 Jun – Seorang wartawan BBC di Myanmar dihukum penjara tiga bulan dan kerja berat selepas didapati bersalah menyerang seorang pegawai polis ketika sedang melakukan liputan tunjuk perasaan pelajar. Peguam Nay Myo Lin, Thein Than Oo hari ini berkata, anak guamnya yang berkhidmat di perkhidmatan bahasa Myanmar BBC merancang untuk merayu keputusan itu.

Peguam menyifatkan hukuman itu sebagai tidak adil dengan menyatakan wartawan terbabit berkenaan tidak berniat mencederakan anggota polis dan hanya cuba membantu orang lain.

Insiden itu berlaku pada Mac 2015 ketika Nay Myo Lin melakukan liputan satu tunjuk perasaan.

Seorang anggota polis menolak seorang penunjuk perasaan daripada motosikalnya dan Nay Myo Lin cuba membantu lelaki terbabit tetapi mencetuskan pergelutan dengan polis berkenaan. Nay Myo Lin diberikan hukuman oleh sebuah mahkamah di bandar Mandalay, semalam. – AP

ARTIKEL YANG SAMA