Wartawan dibunuh ketika bersiaran langsung

Wartawan dibunuh ketika bersiaran langsung

MONETA, Va., 27 Ogos (Reuters) – Dua wartawan televisyen ditembak mati ketika siaran secara langsung di Virginia semalam oleh bekas kakitangan stesen TV berkenaan yang memanggil dirinya “powder keg” kerana marah berhubung apa yang dilihatnya sebagai diskriminasi rasis di tempat kerja dan di mana-mana tempat lain di Amerika Syarikat.

Suspek yang berusia 41 tahun dikenali sebagai Vester Flanagan, membunuh diri tatkala polis memburunya di lebuh raya Virginia beberapa jam selepas insiden penembakan berkenaan. Flanagan, yamng merupakan etnik Afrika-Amerika, meninggal dunia kemudiannya di hospital, menurut polis.

Wartawan penyiaran yang terbunuh adalah Allison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27. Kedua-dua wartawan berkenaan yang berkulit putih, adalah sama dengan seorang wanita yang sedang mereka temu ramah. Wanita berkenaan mengalami kecederaan dan kini berada dalam keadaan stabil, kata jurucakap hospital.

Wartawan WDBJ Alison Parker (kiri) ketika menemu ramah Vicki Gardner di Moneta, Virginia, pada 26 Ogos 2015 sejurus sebelum ditembak mati. Gambar adalah hasil rakaman video oleh pembunuh sendiri. – Reuters
Wartawan WDBJ Alison Parker (kiri) ketika menemu ramah Vicki Gardner di Moneta, Virginia, pada 26 Ogos 2015 sejurus sebelum ditembak mati. Gambar adalah hasil rakaman video oleh pembunuh sendiri. – Reuters

Tulisan dalam media sosial oleh seseorang yang sebenarnya adalah Flanagan membayangkan suspek menyimpan dendam ke atas stesen itu, WDBJ7 yang merupakan gabungan CBS di Roanoke, Virginia, yang memecatnya dua tahun lepas.

Lelaki itu juga menerbitkan rakaman video yang menunjukkan kejadian serangan ke atas dua wartawan tersebut.

Flanagan menghantar faks 23 muka surat kepada ABC News kira-kira dua jam selepas penembakan, sambil berkata serangan yang dibuatnya berpunca penembakan beramai-ramai pada 17 jun di sebuah gereja kulit hitam di Charleston, Carolina Selatan, kata rangkaian itu. Sembilan orang terbunuh, dan seorang lelaki kulit putih dikenakan dakwaan berkaitan insiden berkenaan.

Rangkaian televisyen itu memetik Flanagan sebagai berkata beliau menderita diskriminasi perkauman, serangan seksual dan buli di tempat kerja.