Wartawan ditembak mati

Wartawan ditembak mati

MANILA, 2 Nov (AFP) – Seorang pemberita radio ditembak mati dalam serangan terbaharu di Filipina membabitkan anggota media dengan puluhan kes pembunuhan masih tidak selesai.

Jose Bernardo, 44, ditembak beberapa das oleh seorang daripada dua suspek menggunakan motosikal di pinggir Manila dengan mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Polis berkata, mangsa sebelum itu memberitahu keluarganya bahawa dia mahu berjumpa seseorang yang tidak dikenali.

Setakat ini belum ada suspek yang ditahan berhubung serangan itu yang turut mencederakan seorang pekerja restoran.

“Kami ingin memberitahu pembunuhan ini tanpa motif yang jelas. Namun ia masih menunjukkan terhadap risiko ketika bertugas,” kata Presiden Kelab Media Kebangsaan Filipina, Joel Sy Egco.

ARTIKEL YANG SAMA