Wartawan pengintip China dipenjara

Wartawan pengintip China dipenjara

HANOI, 30 Sept (AFP) – Sebuah mahkamah Vietnam pada Rabu lalu telah menjatuhkan hukuman kepada wartawan sehingga enam tahun penjara atas tuduhan pengintipan terhadap China, kata peguamnya.

Ha Huy Hoang, 55, yang ditahan pada bulan Oktober 2014, bekerja untuk akhbar yang diterbitkan oleh Kementerian Luar Vietnam.

“Ha Huy Hoang dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana mengintip China,” kata peguamnya, Ha Huy Anak kepada wartawan selepas perbicaraan yang berpanjangan beberapa jam di bandar Hanoi.