Wartawan tempatan ditembak mati di Afghan

Wartawan tempatan ditembak mati di Afghan

QALAT, Afghanistan, 17 Okt – Seorang wartawan Afghan telah ditembak mati semalam di bandar Qalat, ibu negeri wilayah selatan Afghanistan, Zabul, kata Ketua Polis wilayah.

“Yaakub Sharafat telah maut selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan beberapa tembakan pada kenderaannya yang diletakkan di sepanjang jalan di kawasan Resala, bandar Qalat. Tembakan itu berlaku sejurus mangsa masuk ke dalam kenderaannya selepas membeli-belah di waktu petang,” kata Ketua Mirwais Noorzai memberitahu Xinhua.

Mangsa telah berkhidmat sebagai wartawan di cawangan wilayah kerajaan yang dikendalikan Radio Kebangsaan Afghanistan dan Television Network atau RTA, kata pegawai polis tersebut.

Penyerang melarikan diri dari tempat kejadian selepas tembakan dan pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Lebih daripada 50 wartawan terbunuh di Afghanistan sejak satu setengah dekad lalu, 10 daripada mereka pada separuh pertama tahun ini, menurut agensi tempatan yang menyokong media di negara itu.

Dalam satu serangan, tujuh anggota media daripada saluran TV swasta telah terbunuh dan lebih dua puluhan orang cedera dalam pengeboman berani mati di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada bulan Januari. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA