Wartawan Washington Post jalani tahun kedua dalam penjara Iran

Wartawan Washington Post jalani tahun kedua dalam penjara Iran

TEHRAN, 22 Julai – Jason Rezaian, koresponden Washington Post yang dibicarakan kerana mengintip Iran, menjalani tahun kedua dalam penjara hari ini dengan keluarganya semakin bimbang tentang kesihatannya.

Rezaian, 39, berdepan dakwaan termasuk ‘pengintipan, kerjasama dengan kerajaan musuh, mengumpulkan maklumat sulit dan menyebarkan propaganda ke atas republik Islam,” menurut peguamnya.

Selepas tiga sesi perbicaraan sejak lewat Mei, ‘proses kehakiman bergerak perlahan’ mungkin akan berakhir, editor eksekutif Post, Martin Baron mengatakan dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Selasa.

Peguamnya, Leila Ahsan telah diberitahu oleh pihak berkuasa Iran ‘yang perbicaraan akan datang ‘sudah pasti’ menjadi yang terakhir, walaupun tidak ada tarikh telah ditetapkan,” tambahnya.

“Tidak akan ada sebab lain lagi bagi penangguhan selanjutnya,” kata Baron.

Gambar fail yang diambil pada 10 September 2013, menunjukkan koresponden Washington Post warga Iran-Amerika, Jason Rezaian dan isterinya, Yeganeh Salehi. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 10 September 2013, menunjukkan koresponden Washington Post warga Iran-Amerika, Jason Rezaian dan isterinya, Yeganeh Salehi. – AFP

“Sebarang keputusan yang adil akan membebaskan Jason daripada dakwaan yang direka-reka ini oleh itu dia akan dibebaskan dan dapat bersatu semula bersama keluarganya.”

Rezaian telah ditangkap bersama isterinya, Yeganeh Salehi yang juga seorang jurnalis di rumah mereka pada 22 Julai 2014.

Salehi dan seorang jurugambar yang ditangkap pada hari yang sama telah dibebaskan atas ikat jamin selepas dua setengah bulan ditahan.

Ibu Jason, Mary warga Amerika telah menyatakan harapan yang anak lelakinya itu akan dibebaskan atas ikat jamin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA