Washington, Tokyo bertindak keras terhadap Korea U

Washington, Tokyo bertindak keras terhadap Korea U

TOKYO, 11 Sept – Washington dan Tokyo berusaha bagi langkah ‘paling keras’ untuk diambil ke atas Korea Utara selepas ujian terbaru nuklear paling kuat, menurut utusan tertinggi AS hari ini.

Sung Kim, wakil khas Jabatan Negara AS bagi dasar Korea Utara, juga mengatakan bahawa AS mungkin melancarkan sekatannya sendiri dalam respons kepada ‘tindakan Korea Utara yang provokatif dan tidak dapat diterima’.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan dan di luar untuk muncul dengan langkah paling keras ke atas tindakan terbaru Korea Utara,” Kim memberitahu para pemberita di Tokyo selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Kenji Kanasugi.

“Selain sekatan dalam Majlis Keselamatan, AS dan Jepun bersama-sama ROK (Korea Selatan), akan menilai langkah sehala,” kata Kim tanpa memberikan butiran lanjut.

Korea Utara dikenakan lima set sekatan PBB sejak ia kali pertama menguji nuklear dalam tahun 2006, tetapi menegaskan ia akan meneruskannya.

Korea Utara telah melancarkan ujian nuklear kali kelima Jumaat lalu, dengan mendakwa ia telah berjaya menguji kuasa letupan nuklear, dan mengundang kecaman sejagat.

Masyarakat antarabangsa terlibat dalam diplomasi mendadak dalam cubaan untuk memujuk China supaya menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Pyongyang supaya mematuhi resolusi sekatan PBB. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA