Waspada ancaman FK Dnipro – Benitez

Waspada ancaman FK Dnipro – Benitez

PARIS, 7 Mei (AFP) – Rafael Benitez tidak menjangkakan pasukan bukan pilihan Ukraine, Dnipro akan mempamerkan sebarang belas kasihan terhadap pasukannya Napoli manakala juara bertahan Sevilla menanti kunjungan Fiorentina pada separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi esok.

Kejuaraan Liga Europa ketiga menjadi pertaruhan buat jaguh peringkat kalah mati Benitez, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2005, kemudian Piala UEFA bersama Valencia pada 2004 dan Liga Europa bersama Chelsea pada 2013.

“Hadiah daripada kemaraan ini adalah tempat di final pertandingan Eropah,” kata Benitez.

Separuh akhir kedua akan diadakan minggu depan manakala final di Warsaw pada 27 Mei ini dengan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan ditawarkan buat kali pertama kepada pemenang.

Keempat dalam Serie A dan masih segar daripada kemenangan 3-0 ke atas AC Milan, penyerang Argentina, Gonzalo Higuain menjadi tonggak utama Napoli dan dia sudah menjaringkan tujuh gol pada pertandingan itu, disokong kehebatan pemain tengah menyerang.

Penjaga gol Napoli, Mariano Andujar (kanan) menghadiri sidang akhbar di Castelvolturno bersama jurulatih mereka, Rafael Benitez menjelang perlawanan menentang FK Dnipro semalam. – AFP
Penjaga gol Napoli, Mariano Andujar (kanan) menghadiri sidang akhbar di Castelvolturno bersama jurulatih mereka, Rafael Benitez menjelang perlawanan menentang FK Dnipro semalam. – AFP

Antara pemain utama yang berganding hebat dengan Higuain adalah Marek Hamsik, pemain yang membenam Wolfsburg 4-1 pada suku akhir pertama di Jerman, perlawanan yang memberikan mesej kepada semua pencabar Liga Europa.

Kelab kurang dikenali Dnipro adalah pasukan bekas kilang roket yang menjuarai Liga Soviet dua kali dan berada dalam kelompok empat teratas sejak 20 musim lalu di Ukraine. Benitez menyatakan beliau tetap menghormati lawan.

“Dnipro sudah membuktikan keupayaan dan potensi mereka selepas mengalahkan pasukan seperti Olympiakos, Ajax dan Bruges. “Semua pasukan itu dikenali di Eropah tapi disingkirkan oleh pasukan Ukraine ini,” katanya.