Waspada ancaman tentera Rusia, China – AS

Waspada ancaman tentera Rusia, China – AS

WASHINGTON, 2 Julai (AFP) – Strategi Ketenteraan baru Amerika Syarikat menyifatkan China dan Rusia sebagai agresif dan mengancam kepentingan keselamatan negara itu, sambil memberi amaran mengenai cabaran teknologi yang semakin meningkat serta kestabilan global yang semakin teruk.

Laporan yang dikeluarkan semalam oleh Jeneral Martin Dempsey, pengerusi Ketua Staf Bersama, memberi amaran mengenai kemungkinan “yang rendah tapi meningkat” bahawa Amerika Syarikat terbabit dalam perang dengan kuasa besar, dengan “kesan yang amat besar.”

Rusia “berulang kali menunjukkan bahawa ia tidak menghormati kedaulatan negara-negara jirannya dan bersedia menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamatnya,” kata Strategi Ketenteraan Kebangsaan 2015.

“Tindakan ketenteraan Rusia adalah secara langsung melemahkan keselamatan serantau dan melalui tentera proksi.”

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter (kiri) dan Jeneral Martin Dempsey (kanan) ketika mengambil bahagian dalam sidang media pada 1 Julai 2015 di Pentagon, di Arlington, Virginia. – AFP
Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter (kiri) dan Jeneral Martin Dempsey (kanan) ketika mengambil bahagian dalam sidang media pada 1 Julai 2015 di Pentagon, di Arlington, Virginia. – AFP

Ia memberi contoh ke atas kehadiran tentera Rusia dalam koflik Ukraine, meskipun Moscow menafikan ia mengerahkan tenteranya ke timur Ukraine untuk menguatkan kedudukan pemberontak pemisah.

Laporan tersebut turut melahirkan keprihatinan mengenai keupayaan teknologi canggih negara terbabit yang menyebabkan tentera Amerika Syarikat kehilangan gahnya di medan perang.

ARTIKEL YANG SAMA