Waspada buat transaksi perbankan

Waspada buat transaksi perbankan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April – Memandangkan trend penyiringan kad atau lebih dikenali sebagai Card Skimming pada mesin-mesin ATM sedang berleluasa di rantau Asia, Persatuan Bank-bank Brunei (BAB) memberi peringatan kepada semua pelanggan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan transaksi perbankan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, BAB berkata, keselamatan data dan aset para pelanggan adalah utama bagi bank-bank Brunei.

Sehubungan itu, BAB memberi jaminan bahawa kesemua institusi kewangan di negara ini mempunyai langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang ditanda-araskan pada peringkat antarabangsa untuk menghalang segala aktiviti penipuan.

Walaupun keselamatan merupakan tanggungjawab bersama tetapi BAB ingin mengingatkan para pelanggan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi kad, nombor pengenalan peribadi (PIN) kad mereka dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran seperti memastikan tiada alat-alat yang mencurigakan terpasang pada slot kemasukan kad mesin ATM, dan tiada transaksi yang tidak dibenarkan dibuat pada akaun bank mereka.

“Sekiranya awda merasa curiga, para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi bank mereka dengan seberapa segera,” kata BAB.

ARTIKEL YANG SAMA