Waspada dengan penggunaan Internet

Waspada dengan penggunaan Internet

OIeh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Seramai 280 pelajar Tahun 7 hingga 10 dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah menghadiri taklimat mengenai jenayah siber yang diadakan di dewan utama sekolah berkenaan, pagi tadi.

Taklimat disampaikan oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara, Karen Tan, Didi Nuraza Latiff dan Ratno, yang antara lain menyentuh mengenai bahaya menyalahgunakan Internet dan media sosial tanpa memahami kepentingan menjaga identiti masing-masing.

Menerusi taklimat itu juga memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah yang pada masa ini sering kerap menggunakan Internet sebagai kegunaan seharian dengan persediaan awal jika mereka berdepan masalah berkaitan jenayah siber.

Selain itu, ia mendidik belia bagaimana cara untuk menangani masalah jika mengenalpasti akan situasi tersebut.

Seramai 280 pelajar Tahun 7 hingga 10 dari SM YSHHB menghadiri taklimat mengenai ‘jenayah siber’.
Seramai 280 pelajar Tahun 7 hingga 10 dari SM YSHHB menghadiri taklimat mengenai ‘jenayah siber’.
Didi Nuraza Latiff memberi taklimat kesedaran kepada pelajar-pelajar SM YSHHB yang bahayanya menggunakan media sosial jika tidak di pantau.
Didi Nuraza Latiff memberi taklimat kesedaran kepada pelajar-pelajar SM YSHHB yang bahayanya menggunakan media sosial jika tidak di pantau.

Didi Nuraza dan Ratno turut menerangkan contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Negara Brunei Darussalam, ini termasuk kes penipuan Internet, memuat naik gambar tidak senonoh di media sosial, penganiayaan siber, dan ancaman serta ugut menerusi media sosial.

Jabatan Peguam Negara menyarankan orang ramai supaya lebih berhati-hati lagi dalam menggunakan media sosial yang boleh mendedahkan identiti masing-masing secara terperinci dan berhati-hati membuat sebarang hubungan dengan orang yang tidak dikenali terutama luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA