Waspada kongsi maklumat peribadi di laman sosial

Waspada kongsi maklumat peribadi di laman sosial

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) – Kecenderungan untuk berkongsi maklumat peribadi secara melampau merupakan faktor utama pengguna laman sosial menjadi mangsa kes penipuan dan sebagainya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Haili Nadia Mustapha Kamal berkata, kebanyakan pengguna laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter menganggap laman sosial sebagai diari peribadi mereka.

Justeru, pengguna cenderung untuk berkongsi pelbagai maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah, lokasi di mana mereka berada serta ada juga yang memuat naik gambar-gambar yang tidak sopan.

“Kecuaian itu mengundang padah apabila maklumat peribadi dikongsi sebegitu. Kita tidak kenal kawan-kawan di laman sosial yang mungkin akan memanipulasi maklumat yang kita kongsi.

Ini mengundang kepada niat jahat pihak tertentu. Sekarang kita lihat hak privasi sudah tidak ada dalam kalangan pengguna laman sosial,” katanya kepada Bernama dalam satu sidang media di Wisma Bernama di sini, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA