Waspada orang menyamar pegawai AMBD

Waspada orang menyamar pegawai AMBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mendapati ada beberapa orang perseorangan yang menyamar sebagai pegawai atau kakitangan AMBD dan seterusnya, menyalahgunakan nama AMBD, dalam persuratan bagi menjalankan urus niaga masing-masing.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-berhati dan terlebih dahulu mengesahkan mana-mana persuratan AMBD yang diragui kesahihannya sebelum menjalankan sebarang urus niaga.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak AMBD di talian 2388388 atau e-mel info@ambd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA