Waspada polisi insurans/takaful palsu

Waspada polisi insurans/takaful palsu

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Baru-baru ini terjadi insiden penipuan melibatkan penjualan takaful/insurans oleh ejen atau individu tidak dilesenkan kepada orang awam.

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebahagian pengguna yang terlibat hanya mengetahui bahawa polisi tersebut adalah palsu setelah mencuba untuk membuat tuntutan atau mendapatkan maklumat mengenai polisi tersebut daripada pengendali takaful/syarikat Insurans.

Menerima salinan polisi sahaja daripada pengendali takaful/ syarikat insurans adalah bukan praktis yang lazimnya dilakukan ketika awda membeli insurans. Sehubungan itu, AMBD menasihatkan orang ramai agar hanya berurusan dengan pengendali takaful, syarikat-syarikat insurans dan ejen takaful/insurans am yang dilesenkan oleh AMBD.

ARTIKEL YANG SAMA