Watford catat rekod beli pemain Perancis

Watford catat rekod beli pemain Perancis

LONDON, 7 Julai (AFP) – Pasukan baharu dinaikkan ke saingan Liga Perdana Inggeris Watford mencatat rekod pembelian kelab itu apabila mengikat pemain Perancis, Etienne Capoue daripada Tottenham Hotspur, umum kelab itu menerusi laman webnya.

Skuad The Hornets berjaya memikat perancang Perancis dengan tujuh kaps itu untuk bersama kelab berkenaan selama empat tahun, selepas hanya bermain sebanyak 24 kali di White Hart Lane sejak menyertainya pada tahun 2103.

“Saya sangat teruja untuk menyertai kelab ini dan sedia untuk bersama mencapai impian,” kata pemain Perancis itu yang bakal mencecah usia 27 tahun pada minggu ini.

“Pada saya, ia adalah peluang untuk beraksi. Saya perlu bermain dan membuktikan kualiti di padang dan saya fikir Watford adalah kelab terbaik untuk saya.”

Watford yang berjaya melangkah ke saingan EPL musim lalu selepas muncul naib juara di belakang Bournemouth berkata, mereka memecahkan rekod pembelian bagi menandatangani Capoue, namun tidak menyatakan jumlah pembayaran.

Rekod pembelian kelab itu sebelum ini adalah ketika mereka mengikat pemain West Bromwich Albion, Nathan Ellington pada harga 4.6 juta euro kira-kira lapan tahun lalu.

Capoue adalah pemain kelima Watford selepas ketibaan Matej Vydra dari Udinese, Jose Holebas dari Roma, Sebastian Proedl dari Werder Bremen dan Giedrius Arlauskis dari Steaua Bucharest.

Beliau mencipta nama bersama pasukan Ligue 1 Toulouse selepas bertapak melalui barisan muda dan meraih 200 penampilan untuk pasukan pertama.

ARTIKEL YANG SAMA