Watson juara Travelers

Watson juara Travelers

CROMWELL, AS, 29 Jun (AFP) – Juara Masters dua kali Bubba Watson melancarkan birdie putt pada playoff lubang kedua secara tiba-tiba untuk mengatasi Paul Casey bagi menjulang piala Kejohanan Travelers Jelajah PGA pada Ahad.

Watson, yang memimpin permainan selepas dua pusingan pertama, terganggu sedikit pada lubang terakhir dalam jarak tujuh kaki, manakala Casey menemui bunker pada dua pukulan pertama kemudian menggegarkan tompok pasir ke arah green dan menyingkirkan dirinya daripada cabaran.

“Casey bermain hebat. Saya melihat dia membuat birdie pada 17 daripada green 16 dan anda tahu, saya bergantung dengan itu dan kadang-kadang itulah yang kami harus lakukan untuk menang,” kata Watson.

Watson yang berusia 36 tahun selesai dengan tiga bawah 67 untuk menjadi pemain keempat tahun ini mendapat dua kemenangan. Casey mencatatkan lima bawah 65.

Pemain kidal AS itu selesai 16 bawah par 264 dalam pusingan dengan Casey dari England dengan birdie pada tiga daripada lima lubang terakhir untuk masuk ke dalam perlawanan penentuan.

Bubba Watson berjaya mengatasi Paul Casey untuk menjulang piala Kejohanan Travelers Jelajah PGA semalam. – Reuters
Bubba Watson berjaya mengatasi Paul Casey untuk menjulang piala Kejohanan Travelers Jelajah PGA semalam. – Reuters

Kedua-dua pemain sama-sama handal pada lubang penentuan sekali gus menghantar mereka kembali kepada tee ke-18 untuk tiga kali berturut-turut pada pusingan permainan di bawah hujan renyai-renyai.

Pukulan Watson mendarat di tengah-tengah fairway dan kemudian pukulan cemerlangnya pula singgah di green. Beliau akhirnya membuat birdie putt tujuh kaki tetapi lubang terakhir adalah lebih mengenai apa yang Casey tidak dapat lakukan dengan baik.

Pukulan tee beliau mendarat di lopak pasir di sebelah kanan fairway dan kemudian pukulan kedua pula jatuh di bunker jauh daripada kawasan green. Pukulan dari lopak pasir seterusnya melepasi kawasan green menuju peminat yang berdiri di atas jalan simen laluan kart.

Casey membuat pukulan sumbing ke green tetapi sudah terlambat kerana Watson sudah ada tiga putt untuk menang.

“Pusingan ini benar-benar hebat,” kata Casey. “Saya fikir mungkin mustahil mendapatkan peluang untuk menang.

“Saya rasa bertuah kerana mempunyai peluang. Saya bukan hanya tidak berjaya mengatasi fairway pada lubang ke-18 tetapi bergelut pada lubang ke-18 hari ini atas sebab tertentu, tetapi semuanya adalah satu minggu yang hebat.”

Pemimpin pusingan ketiga Brian Harman dari AS melakukan birdie pada dua lubang terakhir untuk selesai satu bawah 69. Beliau seorang sahaja yang selesai di tempat ketiga tolak 15 pukulan.

Pemain dari Kanada Graham DeLaet juga selesai dengan 69 pukulan berakhir untuk menduduki tempat keempat pada 14 bawah par 266.

Carl Pettersson dari Sweden mencatatkan empat bawah par 66 untuk meraih tempat kelima selepas ditolak 13 pukulan, manakala Zach Johnson (69) sekali lagi kembali 12 bawah 268.

ARTIKEL YANG SAMA