Wawrinka gulung tikar

Wawrinka gulung tikar

LONDON, 18 Jun (AFP) – Stan Wawrinka menjadi bintang terbaru yang mengalami kejutan tersingkir dari Queen’s Club selepas juara Terbuka Perancis itu tewas 7-6 (7/4), 7-6 (13/11) kepada pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson semalam.

Hanya 24 jam selepas Rafael Nadal tewas kepada pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov pada pusingan pertama, hari ini giliran Wawrinka pula tewas tanpa dijangka dalam acara pemanas badan untuk Wimbledon.

Pemain nombor dua Swiss itu bermula garang pada pusingan pertama menentang Australia Nick Kyrgios hanya dalam 49 minit sebelum menewaskan Novak Djokovic di Paris untuk gelaran grand slam pertamanya di gelanggang rumput.

Tetapi, dalam pusingan kedua, Wawrinka tidak dapat mencari cara untuk menundukkan Anderson yang meledakkan 22 ace menuju kemenangan pertamanya ke atas pemain ranking lima teratas tahun ini.

“Saya ada satu kesilapan besar apabila mendapat mata. Secara umum dia bermain dengan baik,” kata Wawrinka.

Wawrinka cuba mengembalikan pukulan ketika menentang Kevin Anderson di Queen’s Club semalam. – Reuters
Wawrinka cuba mengembalikan pukulan ketika menentang Kevin Anderson di Queen’s Club semalam. – Reuters

“Saya tidak dapat mencari penyelesaian. Saya mengharapkan dia terlepas beberapa pukulan pada saat penting. Tetapi itu tidak berlaku hari ini.”

Wawrinka berharap untuk melanjutkan rentak memenangi sembilan perlawanan, tetapi Anderson yang tinggi lampai itu memenangi tiga pertemuan terakhir mereka pada 2014 dan beliau membuktikannya lagi hari ini.

“Dia seorang pemain yang hebat dan amat bermakna kepada saya. Ia memberikan saya keyakinan untuk mengetahui lelaki yang saya tewaskan baru sahaja memenangi Terbuka Perancis,” kata Anderson.

ARTIKEL YANG SAMA