Wawrinka hadapi cabaran sukar

Wawrinka hadapi cabaran sukar

NEW YORK, 4 Sept – Pilihan ketiga, Stan Wawrinka menyelamatkan mata penamat untuk menewaskan Dan Evans dari Britain 4-6, 6-3, 6-7 (8/8), 7-6 (10/9), 6-2 dan mara ke pusingan keempat Terbuka AS semalam.

Wawrinka, 31, pemain separuh akhir pada 2013 dan 2015, menyelamatkan mata penamat pada kedudukan 5/6 pada tiebrek set keempat untuk mengetepikan hasrat pesaing ranking ke-64 itu dalam epik selama empat jam.

Wawrinka akan beraksi menentang sama da Nick Kyrgios dari Australia, di mana dia memiliki persaingan peribadi, atau Illya Marchenki dari Ukraine bagi menempah tempat ke suku akhir.

“Saya bernasib baik untuk mara, menyelamatkan mata penamat,” kata Wawrinka, yang mara ke kelompok 16 terakhir di New York bagi tahun kelima berturut-turut.

“Dia memiliki bakat yang hebat. Saya gembira untuk mara.”

Kedua-dua pemain bersalaman pada akhir perlawanan tersebut. - AFP
Kedua-dua pemain bersalaman pada akhir perlawanan tersebut. – AFP

Wawrinka menamatkan dengan 12 aces dan 58 winner tetapi pukulan paling penting adalah voli menerusi pukulan forehand untuk menyelamatkan mata penamat.

Pengalaman terbesarnya menggambarkannya dalam penentuan ia adalah pertandingan lima set ke-43 Wawrinka berbanding Evans hanya lima.

Pemain dari Britain memerlukan pelatih pada kedudukan 1-4 tetapi berang apabila pakar fisioterapi menyatakan dia mengalami kekejangan dan bukan kecederaan fizikal dan enggan untuk merawatnya.

Jika Wawrinka menghadapi Kyrgios esok, ia mengingatkan semula memori persaingan mereka di Montreal pada tahun lepas apabila pemain dari Australia itu membuat isyarat lucah, seksual terhadap teman wanita pemain dari Switzerland, Donna Vekic. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA